header image
Latest...
Iklan
 
RSS
Isnin, 08 September 2008 | 7 Ramadhan 1429 Hijriah
Home arrow Hot cakes arrow Kalau ada bunglow kenapa nak pindah ke rumah teres?
Kalau ada bunglow kenapa nak pindah ke rumah teres? PDF  | Print |  E-mail
Monday, 12 May 2008

(tranungkite) Mengikuti perbahasan parlimen yang baru berehat, terdapat satu ungkapan yang begitu menarik untuk diulas dan dikongsi bersama.ianya datang dari mulut seorang menteri yang satu ketika dulu pernah di ISA kan oleh TDM. tak lain tak bukan, beliau ialah zahid hamidi yang sekarang ini diberi tugas untuk menjaga hal ehwal agama rakyat.

ungkapan menarik ini diungkap oleh zahid ketika bertanya kepada hanifa aman berkaitan kemungkinan MP sabah dan serawak lompat parti. katanya kalau dah ada bunglow yang besar kenapa nak berpindah kerumah teres yang kecil? inilah juga ungkapan yang bakal meniti bibir rakyat dalam jangkmasa terdekat. ada sesuatu yang tersirat daripada ungkapan yang indah ini.

ianya menggambarkan kemewahan yang ada dalam BN berbanding PR yang dilihat miskin.para MP BN yang hidup mewah dengan kereta besar,  bunglow besar dan yang serba serbi ada berbanding MP PR dianggap terlalu sukar ditolak oleh para MP BN.sebab itu soalan ini ditanya kepada hanifa aman,kenapa perlu MP BN melompat sedangkan mereka mempunyai segala kemudahan dan kemewahan berbanding PR yang hanya duduk di rumah teres yang sempit.

jadi bagi zahid BN lah parti yang perlu disokong untuk mendapat kemewahan ini. inilah gambaran yang boleh kita lihat selama BN memerintah lebih 50 tahun dulu. para MP dan DUN BN hidup mewah dengan segala kemudahan dan perbelanjaan mereka ditanggung rakyat ,dihormati dengan panggilan YB atau YAB dan diraikan dengan berbagai bagai keraian.cukup mewah sehingga ada MP dan DUN sanggup pula terlibat dalam kes maksiat dan salah laku.segalanya istimewa bagi mereka kerana segala perbuatan maksiat dan salah laku ini akan ditutup dengan cukup senang tanpa perlu bersusah payah. 

kerana sayangkan kemewahan ini jugalah barangkali zahid berpaling arah dari perjuangan awalnya.zahid terkenal kerana ucapan kronismanya semasa konvensyen UMNO dulu dan diperingkat awal pemecatan DSAI,beliau kelihatan turut bersama DSAI.tetapi sejurus selepas beliau ditahan dibawah ISA akhirnya beliau berubah arah. mungkin kerana sayangkan bunglow inilah zahid berubah dan terus berubah sehingga ke hari ini.sukar dilepaskan,itulah barangkali apa yang terlintas dibenak zahid sekarang ini dan itulah juga menjadi sebab kenapa dia menyoal demikian.pada zahid barangkali adalah tidak logik seorang MP yang penuh dengan kemewahan melompat kerana PR dalam janji dan menisfestonya bakal menyebabkan perut MP mereka masuk angin.

gambarannya yang boleh kita lihat ialah para MP BN tidak mungkin melompat kerana mereka akan hilang keistimewaan yang sedang mereka kecapi.tiada lagi projek yang membuncitkan perut mereka tiada lagi majlis majlis membesarkan perut dan tiada lagi kehidupan yang serba mewah mereka. kerana itu kerajaan yang ada mesti dipertahankan demi perut mereka.mereka sudah bersusah payah untuk menang PRU dulu, jadi sekarang ini mereka perlu melipatgandakan usaha agar lompat parti tidak akan terjadi.

aspirasi dan harapan rakyat tak perlu diambil kira,rakyat hanyalah "kambing peliharaan" mereka. cukup untuk menaburkan beberapa helaian rumput untuk memenangi hati rakyat.yang penting perut mereka mesti diisi.gunakan segala kekuatan yang ada untuk menakutkan rakyat dan gunakan sepenuhnya peluang daripada tindakan PR untuk mengumpan rakyat agak menyokong mereka.

itulah barangkali jawaban yang diharapkan oleh zahid kepada soalannya kepada hanifa aman.tetapi malangnya harapan zahid tidak kesampaian kerana apa yang dinyatakan hanifa amat memeranjatkan dirinya dan seluruh negara.apa makna bunglow besar kalau orang orang seperti hanifa tidak dihiraukan, dianak tirikan dan dibiarkan tidur ditepi bilik air.dalam situasi begini bagi hanifa adalah lebih baik tinggal dirumah teres yang lebih kecil.

satu jawaban yang menggambarkan aspirasi dan desakan rakyat dan selari dengan apa yang ditawarkan oleh PR.jadi ternyata kemewahan dan wang ringgit  untuk MP bukan jawaban kepada segala masalah yang dihadapi rakyat.MP yang berjiwa rakyat akan melihat perkara ini dan akan menimbangkan tawaran lompat.itulah mesej yang hanifa aman sampaikan dalam jawabannya kepada soalan zahid ini.harapan baru kepada rakyat dan mimpi kearah malaysia baru sedang melanda rakyat.

ianya juga menjadi gelombang yang semakin kuat dikalangan rakyat terutama di sabah dan serawak.tawaran 20% royalti untuk tujuan pembangungan dan keselesaan rakyat di kedua dua negeri adalah munasabah dan sukar dilepaskan oleh rakyat.jadi dengan gelombang baru ini barangkali MPnya juga turut terasa serta mula melihat betapa kemewahan peribadi bukan lagi penting bagi khidmat mereka sebagai MP."

Filter  

No comments...

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site.. Such material will be removed
Name: 
Homepage
Email:
Comment-Tracking E-mail Alerts
Mode 
New entry
Title:
BBCode:Web AddressEmail AddressLoad Image from WebBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:





Security:This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage

Powered by OpenComment 3.0.30

 
< Prev   Next >
Sponsor
Iklan Berbayar







Hits