header image
Latest...
Iklan
 
RSS
Isnin, 08 September 2008 | 7 Ramadhan 1429 Hijriah
Home arrow Hot cakes arrow UMNO BERUMUR 20 TAHUN HARI INI…
UMNO BERUMUR 20 TAHUN HARI INI… PDF  | Print |  E-mail
Monday, 12 May 2008

(utarawan) Hari ini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organization) berumur 20 tahun. Ini bermakna ia menyambut ulangtahun ke 20 hari ini.

Umno yang ada hari ini ditubuhkan (dan berdaftar) pada tahun 1988 dengan alamat asal setiausaha penajanya, Mohamed Rahmat di No 8 Jalan Setiajasa, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Pendaftaran itu adalah berdasarkan kepada arahan pertama jawatankuasa penajanya yang juga mengadakan mesyuarat pertamanya di kediaman Menteri Penerangan itu.

Umno asal yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah dibatalkan pendafatarannya oleh Mahkamah Tinggi Malaya menerusi keputusan Hakim Harun Hashim pada 14 Februari 1988.

Ahli berdaftar Umno yang pertama, yang ketika itu disebut sebagai Umno (baru) ialah Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Penaja) yang bernombor keahlian 0000001 dan ahli keduanya ialah Ghafar Baba (Timbalan Pengerusi Penaja) yang bernombor keahlian 0000002 manakala Mohamed (Setiausaha Penaja) bernombor keahlian 0000003. Ahli keempat Umno atau bernombor keahlian 0000004 ialah Husein Ahmad, Ketua Penerangan Penaja Umno (Baru).

Umno (Baru) hanya pulih daripada segi semangat, falsafah dan memperolehi hartanya pada 1998, iaitu 10 tahun selepas ditubuhkan dan setelah memuaskan hati Mahkamah Tinggi Malaya bahawa Umno (Baru) adalah sama merupakan kesinambungan kepada Umno daripada segala segi iaitu perjuangan, perlembagaan, keahlian dan pelbagai perkara lagi untuk mengusulkan satu keperluan yang paling mustahak dan mendadak -- memperolehi semula hartanya yang ditadbir sementara oleh Pemegang Amanah. Antara hartanya ialah Menara Dato' Onn di Jalan Tun Ismail yang juga merupakan Ibu Pejabat Umno.

Setelah memuaskan hati dan setiap keperluan Mahkamah Tinggi Malaya maka Umno Baru dibenarkan mewarisi segala harta dan milikan Umno yang dibatalkan pendaftarannya sebelum itu. Hanya beberapa bulan selepas keputusan itu sahaja barulah Umno dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya menerusi suatu usul untuk mengugurkan perkataan “Baru“ daripada nama pendatarannya.

Justeru, munculah Umno yang pada hari ini berusia 20 tahun. Selamat Maju Jaya dan Teruskan Perjuangan Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Saya adalah juga Warga Umno yang bernombor keahlian 2822585 serta berdaftar sebagai Ahli Biasa di Cawangan Umno Pekan Anak Bukit, Bahagian Umno Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.

Filter  

No comments...

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site.. Such material will be removed
Name: 
Homepage
Email:
Comment-Tracking E-mail Alerts
Mode 
New entry
Title:
BBCode:Web AddressEmail AddressLoad Image from WebBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:





Security:This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage

Powered by OpenComment 3.0.30

 
< Prev   Next >
Sponsor
Iklan Berbayar







Hits