(sinarharian) Penduduk di sebuah kampung di Kuala Nerang semalam hadir ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kedah di sini bagi memberi keterangan berkenaan dakwaan tanah yang mereka usahakan telah didaftarkan atas nama orang lain. Seramai 81 penduduk mendakwa sebanyak 60 nama terbabit merupakan individu yang merupakan Pegawai Awam Negeri (KCS) yang masih berkhidmat di dalam kerajaan negeri. Pengerusi barisan bertindak kepada penduduk yang menjadi mangsa, Jafree Don berkata, laporan masalah berkenaan telah dihantar ke Ibu Pejabat BPR Putrajaya Ogos lalu.
Tambahnya, penduduk yang menjadi mangsa adalah penduduk dari Lok Koi, Padang Wat dan Sungai Sari.
“Mereka sudah lama mengusahakan tanah terbabit dan banyak wang dibelanjakan dalam mengusahakan tanah berkenaan yang menampung kehidupan sekeluarga selama ini.
“Kami hadir ke BPR Kedah hari ini (semalam) bagi memberi keterangan kepada pegawai penyiasat mengenai laporan yang dikeluarkan tempoh hari,” katanya ketika di hubungi.
Katanya, kebanyakan penduduk mengusahakan tanaman buah-buahan di tanah berkenaan dan yang menanam getah.
Ketika ditanya mengenai permohonan tanah tersebut, beliau berkata ia dilakukan pada tahun 90-an tatapi statusnya masih belum diketahui.
“Cuba bayangkan perasaan penduduk setelah mengetahui tanah yang dipohon didaftarkan ke atas nama orang lain.
“Malah terdapat penduduk menghabiskan ribuan ringgit bagi upah mengukur tanah bagi tujuan mendapatkan geran,” katanya.
Pengarah BPR Kedah, Nooraziah Abd Manaf ketika dihubungi berkata, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan sedang dijalankan.
Filter
No comments...
Write Comment
Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
Personal verbal attacks will be deleted.
Please don't use comments to plug your web site.. Such material will be removed