header image
Latest...
Iklan
 
RSS
Selasa, 06 Januari 2009 | 10 Muharram 1430 Hijriah
Bantuan Buat Guru KAFA PDF  | Print |  E-mail
Tuesday, 18 November 2008

(anuaribrahim) Tarikh 8 September 2008 merupakan satu tarikh penting kerana ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin agama lain bebas untuk diamalkan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan sentiasa mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Persefahaman ini dicapai kerana kami semua sedar ianya tidak bersalahan dengan agenda Pakatan Rakyat yang sememangnya melewati sebarang sempadan kaum dan budaya.

Pagi ini, saya bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen kami yang dipersetujui 8 November lalu di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Stadium Malawati, Shah Alam. Di majlis tersebut, Tan Sri Khalid mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA, dari RM 738.30 kepada RM 1000 dan elaun penyelia KAFA, dari RM 1112.00 kepada RM1500.

Tahniah buat Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan di Selangor. Doa buat guru KAFA agar amanah mendidik umat memantapkan aqidah, akhlak dan shaksiyah dapat dilaksanakan sebaiknya.

Filter  

No comments...

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site.. Such material will be removed
Name: 
Homepage
Email:
Comment-Tracking E-mail Alerts
Mode 
New entry
Title:
BBCode:Web AddressEmail AddressLoad Image from WebBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:





Security:This image contains a scrambled text, it is using a combination of colors, font size, background, angle in order to disallow computer to automate reading. You will have to reproduce it to post on my homepage

Powered by OpenComment 3.0.30

 
< Prev   Next >
Sponsor
Iklan Berbayar







Hits