(roslansms) Guantanamo Bay di Cuba adalah simbol kedurjanaan jaguh demokrasi dunia iaitu Amerika Syarikat. Di pengkalan tentera laut mereka ini terdapat Kem Tahanan yang menempatkan apa yang digelar sebagai “enemy combatants”, kononnya musuh-musuh Amerika yang terlibat dalam peperangan untuk menyerang kepentingan Amerika.
Mereka ditahan tanpa bicara dari merata pelusuk dunia bermula dari Afghanistan, Pakistan, Timur Tengah dan lain-lain. Di sana mereka diperlakukan bagai binatang, anehnya dunia seolah menutup bukan sebelah tetapi kedua-dua belah mata terhadap apa yang berlaku dalamm kem puaka ini.
Pada satu waktu Amerika Syarikat menyombong diri sebagai jaguh demokrasi dunia yang sepatutunya turut membela dan mempertahankan hak asasi manusia, tetapi dalam waktu yang sama mereka tanpa peduli mengizinkan kewujudan kem ini. Memang ia tiada beza dengan Kem Kamunting kita yang menyumbat mangsanya melalui undang-undang zalim ISA, tetapi sekurang-kurangnya kita di sini akur dan tahu yang demokrasi kita pincang dan tempang, lalu apalah mahu diharap pada hak asasi manusia. Tetapi Amerika kan jaguh, melahirkan JFK dan kini Obama!
Saya terperanjat apabila mendapat tahu yang kem puaka Gitmo ini turut memasung dua anak Malaysia iaitu Mohd Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep. Mereka ini dituduh merupakan rekrut pemimpin JI Hambali, bagi menjadi penyerang berani mati yang akan mensasarkan bandaraya Los Angeles di Amerika Syarikat.
Kata Menteri Luar Rais Yatim:
“Mereka tidak didakwa atas sebarang tuduhan dan ini lebih teruk daripada ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),”
Pokoknya kedua-duanya teruk iaitu Gitmo dan ISA. Kezaliman Gitmo tidak menghalalkan kecelakaan ISA, jangan pula si menteri kita pandai-pandai. Isunya sekarang apakah usaha kerajaan Malaysia untuk membawa balik kedua-dua anak bangsa ini?
Jangan pandai melolong dari jauh, ambillah usaha serius untuk membawa mereka pulang. Dan apabila pulang jangan lagi mereka ini ditahan tanpa bicara, jika tidak kita pun celaka bagai mereka, dakwa sahaja di mahkamah terbuka atau kalau ketiadaan bukit bebaskan emreka. Kemudian kaji juga rakyat kita yang merengokok di Kamunting angkara kerajaan yang ada.
Memang Amerika zalim dan tiada peri kemanusiaan lantaran mengekalkan Gitmo, tetapi apa kurangnya kita?
Filter
No comments...
Write Comment
Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
Personal verbal attacks will be deleted.
Please don't use comments to plug your web site.. Such material will be removed