(melayuangkat) Kerajaan Filipina akan menyiasat dakwaan rakyatnya yang didera di depot depot tahanan sementara menunggu waktu mereka akan dihantar pulang kerana status mereka sebagai pendatang Haram di Malaysia, khasnya terlalu ramai di Sabah.
Kita mesti akur pada fakta bahawa tidak ada depot depot atau kem kem tahanan di bumi mana pun di dunia ini yang memberi layanan istimewa kepada tahanan tahanan. Mereka mungkin menyediakan kemudahan asas bagi para tahananan yang sebenarnya kebajikan mereka adalah terletak ditangan kerajaan Negara mereka sendiri.
Kalau Keadaan Negara mereka baik masakan mereka mahu merendah hutan belantara, sungai, selat dan laut semata mata untuk mencari sesuap rezeki di negara jiran? Kerajaan mereka tidak lah boleh membuat bantahan pula ke pihak antarabangsa menuduh pula kerajaan negara jiran mendera rakyat mereka yang beratus ribu di bumi orang pada hal mereka sendirilah yang menyebabkan rakyat mereka meninggalkan bumi tanah air sendiri.
Mereka datang mencerobohi negara kita, menggunakan infra struktur kita yang dibina khas untuk rakyat kita, hospital kita, sekolah kita, dan sekarang munuduh pula didera setelah sekian puluhan tahunan terus menceroboh ke sempadan tahah air kita.
Sebenarnya, sindrom ini juga terdapat pada segelintir rakyat Malaysia, ada yang menganggap diri mereka terlalu istimewa. Mereka tidak boleh didakwa dan kalau ditahan pun mesti ada keistimewaan melebih rakyat jelata yang lainnya. Akta ISA pun kalau boleh mereka tak mahu diguna pakai atas golongan mereka. Orang lain tak mengapa. Inilah yang susahnya.
Yang susahnya ialah kerana kita senang nampak kuman diseberang lautan tapi pura pura tidak lihat gajah di hadapan mata sendiri.
Cuba kita renungkan implikasi tindakkan yang dibuat kerajaan Filipina ini. Bukan mereka nak berterima kasih selama ini kita 'tanggung' makan minum berak kencing beranak pinaknya tahanan tahanan rakyat mereka yang masuk cara haram di negara kita di kem kem tahanan sebaliknya imej kita akan busuk dan buruk di kacamata antarabangsa, lebih lebih lagi NGO NGO antarabangsa yang selalu mendewa mendewa kebebasan segalanya dibumi ini.
Filter
No comments...
Write Comment
Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
Personal verbal attacks will be deleted.
Please don't use comments to plug your web site.. Such material will be removed