(tingkat4) Tindakan ketua UMNO Bukit Bendera menegakkan benang basahnya memperlihatkan kesombongan dan kedangkalan beliau berfikir.Tanpa niat ingin membela kaum Cina, kelantangan ketua UMNO Bukit Bendera ini hanya akan menjarakkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia.Apa pun hujahnya, beliau hanya akan membakar sentimen perkauman dan mengiakan pendapat umum bahawa UMNO adalah parti berfahaman racist.
Walau pun ketua UMNO Bukit Bendera berpendapat bahawa apa yang diucapkannya adalah menyentuh sejarah silam, tetapi khalayak yang disebarkan idea racist beliau adalah khalayak zaman ini.Beliau sepatutnya berucap kepada kaum Cina pendatang sebelum merdeka.Beliau boleh pergi ke kubur kubur mereka dan bercakap bahawa mereka adalah kaum pendatang yang tidak berhak keatas apa sahaja yang ada di mukabumi Malaysia ini.
Tindakannya yang berkokok pada tahun 2008, hanyalah satu tindakan menyesali sejarah silam yang tak mampu diubah oleh sesiapa pun.Pendekatan menyalahkan sesuatu yang silam adalah satu tindakan manusia yang kecewa dan berputus asa.
Sewajarnya kepada sesiapa juga yang berfikiran waras, hendaklah berpijak dibumi yang nyata.Akuilah hakikat bahawa inilah keadaan Malaysia pada tahun 2008 yang dihuni oleh pelbagai aneka bangsa.Tindakannya yang berhujah bahawa apa yang dihujahkannya bukan menyentuh kaum Cina zaman ini adalah satu pembohongan untuk mengelirukan orang ramai.Beliau secara terang terang berucap pada khalayak zaman ini, bukan kepada khalayak sebelum merdeka.Cina dan India yang masih bernafas sekarang ini, adalah anak Malaysia yang lahir dan akan mati disini.Inilah tanahair mereka, inilah rumah mereka, inilah kubur mereka.
Jangan dinafikan hak hak mereka hanya kerana UMNO yang berteraskan fahaman kolot kebangsaan Melayu kian ditolak oleh rakyat.Jangan dikambing hitamkan Cina atau India apabila UMNO kian mereput dimamah zaman.Bukan satu tindakan yang bijak mencari kesalahan orang lain apabila rakyat kian membenci UMNO.Cari kesalahan dan kesilapan diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
Entah lojik mana yang digunapakai oleh ketua UMNO Bukit Bendera cuba menjadi hero Melayu dengan menyalahlan konon kononnya sejarah silam telah mengangkat bangsa lain menjadi setara dengan Melayu.Jika sejarah hendak disalahkan, maka terlalu banyak kesilapan kesilapan lepas yang perlu dikeji dan dinista.Sultan sultan Melayu yang ada sekarang ini pun entah dari mana datangnya.Bolehkan ketua UMNO Bukit Bendera ini berfakta bahawa kesultanan Melayu ini sejatinya dari Tanah Melayu?
Belajarlah menjadi manusia yang tahu asal dan kejadian.Tiada siapa pun yang berhak mengakui mukabumi ini hak sesuatu kaum atau bangsa.Yang kekal menjadi milik individu hanyalah tanah 6x6x3.
Inilah akibatnya apabila hukum dikelek manakala adat dijujung.Agama hanya menjadi perlambangan semata.
Filter
No comments...
Write Comment
Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
Personal verbal attacks will be deleted.
Please don't use comments to plug your web site.. Such material will be removed